Monday, 20 August 2018

SERVIS MENGECAT RUMAH SEKITAR SERI KEMBANGAN

Kami menjalankan kerja-kerja mengecat rumah, pejabat dan kilang di Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Sekiranya ingin mendapatkan khidmat mengecat rumah dan pejabat di sekitar Seri Kembangan boleh hubungi ;

0149009440 - Amin
0136190490 - Luqman

Tuesday, 7 August 2018

Bagaimana Cara Mengecat Dalaman Rumah Dengan Cara Yang Betul


Ruang dalaman rumah merupakan ruang yang paling penting bagi penghuninya. Ianya melambangkan keperibadian dan memberikan mood yang berbeza mengikut warna dan corak mengecat.

Jenis-jenis cat yang digunakan juga memberikan kesan secara tidak langsung kepada ruang. Contohnya jika cat jenis kilat (Glossy) digunakan ianya akan membalikkan cahaya matahari dan lampu menjadikan ruang lebih terang berbanding mengunakan cat jenis kurang berkilat (Matt).
Pengunaan cat jenis kurang berkilat ataupun Matt juga menampakkan ruang yang lebih selesa namun pengunaan lampu yang cukup haruslah dititikberatkan bagi mengelakkan ruang kelihatan suram.

Cara-cara mengecat dibawah merupakan panduan bagi kerja-kerja mengecat dalaman rumah bagi cat jenis larut air ataupun water based sahaja.

1. Sediakan Permukaan Dinding. 
Pastikan ruang dinding yang hendak di cat dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang habuk dan basuh kotoran yang jelas kelihatan dengan air ataupun kain lembab. Tutup lubang-lubang dan rekahan jika ada dengan filler dan ratakan permukaan dengan kertas pasir supaya tidak kelihatan timbul selepas dicat. 

Cabut segala hiasan dinding, rak, jam, skru dan apajua barang yang berada di dinding. Ini akan memudahkan kerja-kerja mengecat nanti. Jika boleh, cabut juga bingkai soket dan plug di dinding. Kebanyakan soket dan plug moden mempunyai bahagian luar yang boleh ditanggalkan, jika tidak boleh, follow step yang ke-2 di bawah.

Soalan: Bagaimana jika cat lama sering terkopek, adakah perlu dikikis cat lama?
Jawapan : Sekiranya cat lama mudah tertanggal ini menunjukkan dinding anda bermasalah. Ianya berpunca samada tiada lapisan primer ataupun masalah dinding lembab. Oleh itu, kenal pasti dahulu masalah berpunca daripada mana, sekiranya tiada cat sealer pada dinding, kikis dahulu cat yang terkopek sebanyak yang boleh dan gosok permukaan dengan kertas pasir sebelum dicat dengan cat sealer.



2. Lekatkan bahagian yang tidak mahu dicat mengunakan Painter's Tape ataupun Masking Tape.


Tutup bahagian yang tidak mahu dicat mengunakan Painter's Tape ataupun Masking tape di bahagian sempadan dinding, siling, soket, fius dan skirting dinding. Adalah digalakkan untuk mengunakan painter's tape berbanding masking tape kerana lekatan yang kurang berbanding masking tape. Ini untuk mengelakkan cat lama di dinding atau siling tertanggal selepas kerja mengecat siap dijalankan.


3. Tutup ruang lantai mengunakan kain tebal, kotak terpakai ataupun plastik. 

Ini penting bagi memastikan cat yang mungkin menitik tidak terus ke lantai dan mengelakkan terpijak cat. Gunakan kain yang tebal bagi memastikan cat yang menitik ke lantai segera kering dan mengelakkan daripada terpijak cat. Jika tiada kain yang tebal, gunakan kotak terpakai yang bersaiz besar ataupun plastik.



4. Sapu cat mengunakan berus di bahagian bucu dan sempadan. 



Gunakan berus bersaiz 2 hingga ke 4 inci untuk memotong di bahagian bucu dan sepadan dinding. Berus yang bersaiz kecil dan sederhana sesuai digunakan bagi kerja-kerja ini kerana kawalan yang tinggi dan mengelakkan terkena kawasan yang tidak mahu di cat. Sediakan kain basah bagi kes terlajak cat. Segera cuci kawasan yang terkena cat dengan kain basah.


5. Sapu lapisan pertama mengunakan roller bersaiz besar. 

Gunakan roller bersaiz 7 inci hingga ke 12 inci bagi mempercepatkan proses mengecat. Cara mengecat mengunakan roller adalah bermula dari bawah ke atas untuk mengelakkan cat menitis ke lantai. Sapukan dua ke tiga kali dan tambah cat kepada roller. Pastikan cat rata ke setiap ruang dan elakkan roller terlalu kering untuk mengelakkan cat terlalu nipis di dinding.

Setelah selesai mengecat lapisan pertama bagi semua ruang yang hendak dicat biarkan kering seketika sekitar 30 minit hingga ke satu jam. Ulangi langkah diatas bagi lapisan kedua.

6. Cabut Painter's Tape ataupun Masking tape 

Tape yang dilekatkan haruslah dicabut dalam keadaan tenang dan tidak gopoh sementara cat separa kering. Ini untuk mengelakkan cat tertanggal selepas tape dicabut.

7. Kemas dan bersihkan ruang kerja.

Kemaskan ruang kerja dan sediakan kain basah dan scrapper untuk membersihkan cat yang menitis di lantai. Sediakan berus kecil bersaiz 0.5 inci hingga ke 1 inci bagi kerja-kerja mengecat ruang-ruang kecil yang terlepas ataupun tertutup dengan tape. Jangan lupa untuk lapik dahulu sebelum mengecat.


8. Tahniah. Selamat menikmati permandangan dan mood yang baharu di rumah anda. Semoga berjaya. 





  CABUTAN UNDIAN BUMIPUTERA YANG KE-24 UNTUK LALUAN SSP Facebook Twitter What Sejumlah sembilan subkontrak bagi pembinaan MRT Laluan Sungai ...