Sunday, 20 June 2021

 

CABUTAN UNDIAN BUMIPUTERA YANG KE-24 UNTUK LALUAN SSP

FacebookTwitterWhatSejumlah sembilan subkontrak bagi pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) berjumlah RM8,666,858.89 telah dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktot Bumiputera G1-G4 semasa Cabutan Undian Bumiputera yang ke-24 untuk Laluan SSP.

Acara cabutan undi ini telah diadakan pada 13 November 2019 di Ibu Pejabat Korporat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd bertempat di Bukit Damansara, dan dihadiri oleh Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya.

Cabutan subkontrak pertama bagi cabutan undi kali ini, yang merupakan subkontrak Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan (CIDB) Gred G1 yang pertama antara dua, bagi kerja-kerja lampu isyarat di bawah Pakej Kerja V205 telah dianugerahkan kepada Tech Construction, dengan kontrak bernilai RM156,479.40.

IBZ Dagang telah dianugerahkan subkontrak yang seterusnya, untuk kerja-kerja pembekalan dan pemasangan kolam takungan di Stesen Serdang Raya Utara. Kontrak tersebut bernilai RM133,173.30.

Subkontrak ketiga yang juga sesatunya bagi CIDB Gred 2 dalam cabutan undi kali ini, telah dianugerahkan kepada Amman Construction Sdn Bhd, bagi kerja-kerja membuat susur jalan di Stesen Seri Kembangan, dengan kontrak bernilai RM268,353.80.

Moziey Enterprise dianugerahkan subkontrak yang seterusnya, yang pertama antara dua subkontrak CIDB Gred 3, bagi kerja-kerja membuat susur jalan di Stesen Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kontrak bernilai RM586,572.80.

Subkontrak seterusnya dianugerahkan kepada Hardpoints (M) Sdn Bhd, bagi membekal dan memasang kerja-kerja membina susur jalan di stesen-stesen Sungai Besi dan Serdang Raya, dengan kontrak bernilai RM699,652.80.

Impian Ekuiti telah dianugerahkan subkontrak CIDB Gred 4 yang pertama antara empat, bagi kerja-kerja memasang pelepar dan susur tangan di bawah Pakej Kerja V206. Kontrak tersebut bernilai RM1,042,624.00.

Subkontrak seterusnya diaungerahkan kepada Kejuruteraan Tenaga Maju, untuk kerja-kerja memasang rel anti-ragut di Stesen UPM di bawah Pakej Kerja V206, dengan kontrak bernilai RM1,718,389.75.

Pelan Segar Sdn Bhd dan Jasa Prima Bina telah dianugerahkan dua subkontrak terakhir yang serupa, bagi kerja-kerja membekal dan memasang kaki lima (pavement) di Stesen Serdang Raya Utara di bawah Pakej 1 (Pelan Segar Sdn Bhd), dan Pakej 2 (Jasa Prima Bina) masing-masing. Kedua-dua kontrak bernilai RM2,030,806.32 setiap satu

  CABUTAN UNDIAN BUMIPUTERA YANG KE-24 UNTUK LALUAN SSP Facebook Twitter What Sejumlah sembilan subkontrak bagi pembinaan MRT Laluan Sungai ...